Cara banyakkan susu ibu

10 Makanan Sunnah untuk Kesihatan


Salam..nak kongsi pemakanan Sunnah terbaik..jadikan amalan..selain amalkan Vitamin Shaklee..

1. AIR ZAM-ZAM

Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut:
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

2. KURMA

Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:
"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"
Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang).
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"
Sabda Nabi yang lain:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.

3. BUAH TIN

Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.

4. ZAITUN

Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. 

5. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA)
(Sila lihat entry bertajuk 'Habatussauda')

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema.

6. MADU LEBAH

Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan.
Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"
Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong.
Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk. 

7. DELIMA

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima"
Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.

8. SUSU KAMBING

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana"
Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.

9. ZA'FARON/SAFRON

Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya:
"Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir"
Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah.

10. BARLI

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula).

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...