IV MIST Dapat membantu menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut anda lembut. Lihat Testimoni.
Tip penjagaan rambut bertudung
1. Pastikan rambut keringKalau yang cuci rambut sebelah pagi, sebolehnya cuci lebih awal sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering atau guna pengering rambut menggunakan suhu bersesuaian. Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja kemudian biarkan rambut kering secara semula jadi biarkan ia lepas bebas serta elakkan daripada membungkusnya dengan tuala. Elakkan daripada mengikat rambut ketika basah.
2. Pilih fabrik tudung lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak sesuai kerana mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh. Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.
3. Rehat dulu
Bila sampai sahaja di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala 'bernafas' terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
4. Pilih syampu sesuai
Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Seeloknya gunakan syampu serta perapi berasingan kerana kesannya lebih elok menggunakan syampu dua atau tiga dalam satu.
Tip penjagaan rambut tidak bertudung
1. Rajin membuat rawatanSesiapa yang suka mewarnakan rambut atau mendandan rambut mengikut trend semasa perlu rajin membuat rawatan susulan kerana jika rambut tidak dirawat dengan sempurna boleh mendatangkan masalah rambut kering, rosak serta kusam.
2. Pakai serum rambut
Bagi memastikan rambut sentiasa bersinar perlu memakai serum dan vitamin
Sumber: Sinarharian