Cara banyakkan susu ibu

Bahaya Ubat Resdung - Melemahkan Ereksi

Hari ini memang bercadang nak kongsi 1 artikel mengenai bahaya Ubat Resdung yang bebas di jual sekarang ni. Artikel ini saya jumpa semasa sedang mengemas "gobok" atau almari terjumpa keratan akhbar Metro Ahad 21 April 2013.



Dalam artikel ini sesi soal jawab bersama Dr Ismail Thamby dalam ruangan Sakit Tuan. Si Penanya ni mempunyai masalah sakit pinggang dan ereksi tidak mantap. Beliau bagitau sebelum membuat rawatan resdung, semuanya baik-baik sahaja tetapi selepas membuat rawatan maka masalah pun bermula. Ubat yang diambil ialah yang jenis nasal spray atau yang di sembur ke hidung.

Apa Kata Dr? Saya salin bulat-bulat jawapan nya...

" Daripada soalan anda, mungkin ereksi itu gagal kerana kesan sampingan daripada ubat "Vasocinstrictor" yang biasa diberi untuk melegakan resdung.

Ubat ini membuatkan saluran darah tertentu menyempit. Oleh itu bahagian yang kembang akibat kemasukan darah yang banyak mengalami kelegaan seperti hidung tersumbat dan hingus kelaur dalam jumlah banyak.

Untuk pengetahuan, dengam memakan ubat Vasocinstrictor seperti selsema, ereksi boleh terjejeas.
Ubat seperti Ephidrin atau Psedoephidrin boleh memberi kesan sampingan seperti kegagalan bersetubuh kepada lelaki yang mengalami masalah mencapai ereksi.

Ubat titis dimasukkan ke dalam hidung lebih sesuai dan jarang memberi kesan sampingan seperti ubat makan yang disebutkan tadi. Jika anda tidak makan ubat terbabit dan hanya guna ubat titis atau sembur, segera jumpa doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar. "

Jika anda mempunyai masalah resdung atau Alergi yang teruk dan ingin mendapatkan rawatan secara Semula Jadi dengan menguatkan sistem tubuh badan anda. Saya cadangkan anda mencuba PENAWAR RESDUNG IV MIST  In Shaa Allah, sudah ramai yang berjaya kurangkan masalah resdung mereka.




Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...